MyKita.my

Privasi

Ringkasnya: kami tidak menerima, menyimpan atau melihat apa-apa yang anda taip. Semua pengiraan dan PDF dijana dalam pelayar anda.

Apa yang berlaku kepada data anda

Tiada yang dihantar. MyKita tiada pangkalan data, akaun atau server yang menerima input. Laman ini hanya menghantar halaman dan kod kepada pelayar anda; selepas itu semuanya berjalan dalam peranti anda.

Draf disimpan dalam pelayar anda sahaja (localStorage), supaya borang tidak hilang apabila anda kembali. Ia tidak pernah keluar dari peranti ini. Anda boleh memadamnya bila-bila masa dengan butang di bawah.

Nombor IC dan maklumat peribadi lain boleh diisi dengan selamat, kerana ia kekal dalam pelayar anda dan hanya masuk ke dalam PDF yang anda muat turun.

PDF tanpa metadata pengenalan. Fail yang dijana tidak menyimpan nama pengarang, nama perisian atau masa dibuat.

Tiada analitik, iklan atau cookie penjejakan. Tiada skrip pihak ketiga dimuatkan. Fon disimpan di laman ini sendiri.

Hosting. Laman ini dihoskan di Vercel (Singapura). Seperti semua laman web, penyedia hosting merekodkan log teknikal asas seperti alamat IP untuk keselamatan. Log ini tidak mengandungi apa yang anda taip.

Serahan ke MyPDF.my. Apabila anda memilih "Teruskan di MyPDF.my", PDF dipindahkan terus antara dua tab dalam pelayar anda (postMessage), bukan dimuat naik. MyPDF.my juga memproses fail dalam pelayar.

Uji sendiri privasi kami

Ujian offline: buka mana-mana alat, kemudian matikan Wi-Fi atau data. Alat masih berfungsi dan PDF masih boleh dimuat turun, kerana tiada apa yang perlu dihantar.

Ujian Network: di komputer, tekan F12, buka tab Network, kemudian isi borang dan muat turun PDF. Anda tidak akan melihat sebarang permintaan yang membawa data anda.

Kawalan pelayar: laman ini menghantar Content-Security-Policy dengan connect-src 'self', jadi pelayar anda sendiri menyekat sebarang percubaan menghantar data ke laman lain.

Padam data anda